WEBSITE SMK.Sultan Ibrahim (1), Pasir MAs, Kelantan

SMK. Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan telah mempunyai laman web. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.smksi1.net.

27/07/09



28/04/08

Berita Ko_Kurikulum

1.Sirih Pulang Ke Gagang
Pasukan Kadet Polis SMKSI(1) P.Mas telah menjuarai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 24 April 2008 di PGA, Pengkalan Chepa, Kelantan.Platon Komander turut mendapat naib johan iaitu Pn. Norsuziman bt Husein, manakal guru pembimbing ialah Pn. Aznita bt Mohamad. Pasukan ini terdiri daripada 34 orang pelajar perempuan. Tahniah dan syabas diucapkan.

2. PBSM SMKSI(1)
20 0rang peserta PBSM SMKSI(1) telah meuncul sebagai naib johan Kawad Kaki NGO Peringkat Negeri Kelantan.Pertandingan ini diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.Guru pembimbing ialah Pn. Azilawati bt Zakaria. Tahniah dan Syabas!

26/04/08

Program Teknik Menjawab Soalan SPM Anjuran Jabatan Sains Dan Matematik SMKSI(1)







Kursus Teknik Menjawab Soalan SPM 2008 anjuran Jabatan Sains Dan Matematik melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 SMKSI(1) dam diadakan di Dewan Besar Sultan Ibrahim SMKSI(1) pada 26 April 2008 (Sabtu). Kursus bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Disamping mendengar ceramah dan diberi pendedahan tentang teknik melukis peta minda pelajar juga dilibatkan dengan aktiviti kumpulan. Kumpulan yang berjaya menunjukkan persembahan yang terbaik diberikan hadiah.




22/04/08

PANDUAN MUDAH e-FILING 2008

Langkah-langkah:
1. Layari laman web Hasil
2. Klik Semak Sijil Digital.

Jika Telah Daftar
1. Anda hanya perlu mengingati PASSWORD anda.
2. Layari laman e-Hasil
3. Terus Log in e-Borang

Jika Belum Daftar
1. Hubungi pihak LHDN
2. Dapatkan no pin
3. Daftar sebagai kes baru
4. Layari laman e-Hasil
5. Klik Log-in Kali Pertama
6. Untuk pertanyaan lebih lanjut hubungi Pn. Norizan bt Othman
Pegawai LDHN (Kelantan)
e-mail: norizanothman@hasil.org.my , tel:09-7431310/0139702908

Potongan Cukai Berjadual (PCB)
1. Semua borang cukai akan diaudit bagi kes-kes yang meragukan
2. Denda audit adalah 45% dari jumlah cukai yang terkurang
3. Sebarang masalah PCB hubungi 7482103
4. Pembayaran balik PCB hubungi 7482103 tekan 0 (operator) Unit Pungutan

Link
(https://e.hasil.org.my/)
http://www.hasil.org.my/melayu/bm_index.asp
http://www.hasil.org.my/melayu/video.htm
http://www.hasil.org.my/melayu/videoiklan.htm
http://www.hasil.org.my/melayu/bm_lat.htm

Sila datang ke makmal komputer e-Beta atau e-Alfa untuk menjalankan tanggungjawab anda secara mudah dan cepat secara online. Tarikh tutup 30 April 2008

MAKLUMAN
Guru-guru yang telah memohon no pin untuk e-filing sila dapatkan no pin anda di Pejabat Sekolah/ Papan Kenyataan Bilik Guru/ Makmal e- Beta/Makmal e-Alfa.


__________________________________________________________________

21/04/08

Kursus Perkembangan Staff Kali Ke 2 2008





Semua guru SMKSI(1) menghadiri Kursus Perkembangan Staff Kali Ke (2) 2008 yang telah diadakan di Dewan Besar Sultan Ibrahim, SMKSI(1) pada 19 April 2008 .Kursus ini adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas-Tumpat dengan kerjasama Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB). Terima kasih kepada semua pihak di atas komitmen dan kerjamasa yang diberikan sepanjang kursus ini berjalan dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

20/04/08

Kursus Perkembangan Staff Kali Pertama 2008





136 orang guru SMKSI(1) telah menghadiri kurus Perkembangan Staff Kali Pertama 2008 Anjuran Unit Latihan Dalam Perkhidmatan SMKSI(1) bertempat di Dewan Besar Sultan Ibrahim dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. TAHNIAH !

14/04/08

Ceramah Motivasi Pelajar SPM 2008 oleh Dr. Ismail Zain





Ceramah Motivasi Pelajar SPM 2008 sekolah-sekolah PPD Pasir Mas-Tumpat di adakan di Dewan Besar SMK. Sultan Ibrahim(1). Seramai 300 orang pelajar telah ikut serta. Ceramah ini adalah anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas- Tumpat.